Jom Ikut

Monday, 3 August 2009

MEE HAILAM


Mee Hailam ni memang salah satu makanan kesukaan akak...n akak ada terjumpa satu resepi mee hailam ini yang akak rasa senang dan ringkas untuk dicuba... bagi kengkawan yang berminat dan ingin mencuba resepi ini bolehlah menyalinnya....


RESEPI MEE HAILAM ISTIMEWA

(hidangan : sesuai untuk 4 orang)


Bahan2 :

Mee Kuning 500g

Ayam 200g, dipotong kecil

Sotong 100g, dipotong kecil

Udang 100g, kalau udang besar tu agak2lah yek...

Sawi 250g

Putik jagung 1 peket

Lobak merah 1 biji

Cili kisar 1 sudu besar (kalau nak lagi pedas, boleh tambah sendiri)

Bawang Putih 1-3 ulas

Sos Tiram 2 sudu besar

Kicap pekat 1 sudu besar

Air 1 cawan

Tepung jagung 1 sudu besar (dicampur dengan 1/2 cawan air tadi)

Minyak 2 sudu besar


Cara memasak :


1. Panaskan minyak n goreng bawah putih hingga wangi

2. Masukkan cili kisar dan ayam

3. Masukkan pula sotong n udang, kacau selama 5 minit.

4. Tambahkan kicap pekat, air dan soso tiram.

5. Setelah mendidih, masukkan semua sayuran dan biarkan ianya masak

6. Masukkan mee kuning dan air tepung jagung dan biarkan selama minit(kacau perlahan-lahan sehingga kuah menjadi pekat)

7. Sedia untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment