Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 28 September 2009

Sebening Syawal

Salam Lebaran buat semua....maaf zahir & batin... raya tahun ni akak beraya kat umah mertua...petang baru akak balik kampung.....
Di pagi raya...selepas pulang menunaikan solat sunat hari raya kami sekeluarga pergi menziarahi pusara arwah ayah mertua n nenek (sebelah hubby)...pastu baru kami sekeluarga pergi beraya ke rumah sanak saudara....mmmm...yang paling seronok sekali anak-anak akak ler...coz dapat duit raya..hehehehe...Raya tahun ni tema baju raya akak sekeluarga adalah 'purple' ... jangan jealous akak jahit semua baju ni sendiri tau.....termasuk ler baju melayu hubby akak tu... bukannya apa..kalau nak upah sekarang ni kan mahal...nasib ler akak ni boleh ler menjahit sikit-sikit...nak kata terror cam tukang jahit profesional tu tak der la pulak... sekadar untuk wat pakai sendiri dan auntuk anak-anak tu boleh ler.....
Sudah lumrah...pada hari raya semua sanak saudara jauh n dekat berkumpul...mmmm...meriah betulll... hari raya ketiga masa akak kat kampung .... abang ipar akak (Abang Wan) yang dok kat Seremban tu nak wat dodol....apalagi kami semua gotong royong ler wat dodol pula...Selalunya orang masak dodol sebelum raya tapi keluarga akak wat dodol lepas raya....seronok ler bila ramai-ramai berkumpul ni... macam-macam ada...hehehe....n raya ke enam pulak masak lemang... ni bukannya apa kak chik n family nak wat bekal balik Seremban....adussss...meriah betullll !!!!! boleh dikatakan sume keluarga akak 4 orang adik beradik n family sume berkumpul... tapi sayang seribu kali sayang coz akak tak sempat nak snap gambar untuk tatapan sume....





























No comments:

Post a Comment