Jom Ikut

Monday, 9 November 2009

Musim Banjir

Photobucket
Musim tengkujuh tiba lagiiii....sana-sini kita dengar berita tentang kejadian banjir dan tanah runtuh... tidak terkecuali kampungku kat Daerah Padang Terap...pada hari khamis baru2 ni..waktu di kampung...hujan turun tanpa henti sehingga berlarutan ke hari Jumaat...semua aktiviti luar terpaksa dibatalkan...sume asyik terperap jer dalam umah....makan tido ler jawabnyer...
Photobucket
Malamnya...aku pun tak terkecuali keluar la jugak ngan hubby ronda2 tengok kawasan banjir tu...bukannya apa sebab esok my hubby keja n kami perlu balik ke Sintok....tetapi hampa coz banjir tu bukannya surut malah lebih teruk lagi...ini gara-gara hujan yang tak henti2 pada siangnya tu lah...menjadikan air sungai melimpah dan lambat surutnya...
Photobucket
Petangnya...dalam kul 5.30 lebih camtuuuu...dengar citer air sungai dah melimpah naik sampai ke tebing serta menenggelamkan jambatan di situ .Kawasan sekitar kampungku dan kampung-kampung yang berdekatan dah terputus hubungan. Laluan utama untuk ke pekan pun sudah ditenggelami air....alahai camna ni???? Orang kampung macam pesta la plak asyik berulangalik melihat banjir kat kawasan2 yang ditenggelami banjir tuh...
Photobucket
Esoknya my hubby tak dapatlah pegi keja jawabnya.. ...petangnya dalam kul 2.30 camtu aku n family siap2 tuk balik kampung...kami keluar awal tuk cari jalan yang boleh tembus ke pekan Kuala Nerang...akhirnya setelah meredah sume jalan kampung dapat juga kami sekeluarga pulang ke rumah dengan selamatnya....itupun macam2 rintangan yang terpaksa dihadapi...mungkin inilah dikatakan dugaan Allah SWT keatas hamba2Nya n mungkin juga ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya
Photobucket

No comments:

Post a Comment