Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 9 June 2010

Salam Mesra

Salam mesra dan salam rindu pada teman2...hampir sebulan gak akak tak update blog akak ni..dah bersawang pun...sebenarnya sejak akhir2 ni akak sibuk sikit ngan tugas lagi pun tiada n3 yang menarik tuk di kongsi....tapi x apa walau apapun akak janji lepas ni pasti ada citer yang boleh kita kongsi bersama dan meh kita hayati kata-kata hikmah ini...jom layanzzz...

 Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat

Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai

Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.



No comments:

Post a Comment