Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 20 June 2010

Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum dan salam mesra…..Di kesempatan ini akak ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada bapa kesayangan akak, AHMAD BIN YAAKOB khasnya dan my hubby yang tercenta serta semua yang bergelar bapa di seluruh dunia. Salam kasih buat bapa yang telah banyak berjasa serta perit jerihmu memerah keringat demi memastikan kami anak-anak bapa dapat hidup sempurna seperti juga anak-anak yang lain, memberi ilmu dan tunjuk ajar agar kami hidup sempurna seperti sekarang ini...Bapa…., bagi pihak semua anak-anak bapa, ingin anakanda nyatakan di sini, bahawa kami semua berasa sangat bersyukur dan berbangga mempunyai seorang bapa yang tidak pernah jemu-jemu mendidik,memberi kasih sayang yang tidak berbelah bagi, memberi nasihat dan berusaha gigih bagi menyempurnakan segalanya kepada kami mengikut kemampuan bapa. Dengan limpah dan rahmatNya juga bapa telah berjaya membesarkan kami 4 beradik dan jasa bapa itu amat bernilai dan rasanya tidak terbalas oleh kami hingga ke hujung nyawa. Dengan itu, kami semua panjatkan doa buat bapa dan tidak lupa kepada emak yang telah banyak berkorban dan memberikan hanya yang terbaik buat kami semua....
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, Engkau peliharakanlah mereka dan Engkau sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi kami anak-anak mereka semasa kecil. Ya Allah, Engkau limpahkanlah mereka dengan rahmat dan hidayahMu dan Engkau sejahterakanlah kehidupan kedua ibubapa kami di dunia dan di akhirat, amin, amin, Ya Rabbal 'Alamin..."
Tak lupa ucapan hari bapa juga akak tujukan khas wat suami tersayang...MOHD FITRI BIN MURAD...sesungguhnya kasih sayang, pengorbanan dan jasabaikmu tidak terhitung kepada kami sume...hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih juga kerana selama ini banyak membantu dan memberi sokongan moral kepada kami sume...semoga kasih sayang antara kita akan berkekalan hingga ke hujung nyawa....amin.

No comments:

Post a Comment