Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 18 October 2010

Xtvt hari cutiku....

Hari cuti adalah hari yang paling di tunggu dan di nanti2kan oleh akak dan sume isteri yang berkerjaya...kerana hari inilah sume tuntutan yang sebelum ini x sempat dilaksanakan dengan 100% dapat dibuat serta dikemaskinikan....seperti mengemas rumah..mop lantai...sapu sawang2 serta buat apa2 kerja yang patut...kalau nak diikutkan tugas si isteri  dan ibu ni memangnya tak pernah habis...tambah2 lagi bagi yang bekerja...celik2 mata jer dah ada yang menanti...tapi apapun semuanya kena ikhlas dan buatlah dengan penuh kasih sayang....nescaya ada ganjarannya...

Pada hari minggu jugalah kesempatan akak tuk cuba resepi2 baru ni...cikgunya tentulah cik net tu...tima kasih ler kerana sudi kongsi resepi...sebenarnya mmg dah lama akak teringin nak cuba resepi2 ni tapi x berkesempatan kerana kekangan tugas yang perlu dipenuhi...n bila ada masa terluang d hujung minggu ni boleh di cuba resepi2 ni yang telah lama di simpan dalam laci tuuuu...dan inilah hasilnya...taraaaaa.....

RESEPI KEK COKLAT LEMBAB

Kek Coklat Lembab

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 sudu teh Soda Bikarbonat 
1sudu teh Baking Powder

Cara-cara
1.Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
2.Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3.Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
4.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing.

KENTANG PUTAR

Mashed Potato yang belum ada gravy lagiksss

Dah siap ngan gravynya....
Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
1 sk lada hitam di tumbuk halus
1/2 cawan fresh milk
garam secukup rasa

Cara-cara
1.Rebus kentang dgn sedikit garam
 2.Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3.Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
4.Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya.
5.Saya regukan dgn ayam panggang semalam. Dan juga dgn simple kobis dan carrot mayo.

KARI AYAM DAN KENTANG
Kari ayam ngan pisang
RESEPI KEK PELANGI

 Kek Pelangi
Bahan2nya : 


3 cawan tepung kek or tepung gandum
1 1/2 cawan marjerin cair
1 1/2 cawan gula aising
1/2 cawan susu cair
5 biji telur ayam - ini saiz kecik ajee.. (kalau nak gunakan 3 biji pun ok jugak - kalau yang size besar tu)
1 sudu baking powder
1 sudu esen vanilla
perwarna merah
perwarna hijau
pewarna kuning telor

caranya:-

~ pukul gula, marjerin dan gula hingga kembang
~ masukkan esen vanilla + susu cair
~ masukkan tepung + baking powder hingga sebati
~ bahagikan kepada 3 bahagian, satu diwarnakan
dengan warna hijau dan satu warna merah serta satu lagi warna kuning.
~ sendukkan ke dlm loyang (selang seli)
~bakar dlm oven lebih kurang 45 minit bergantung kepada oven masing2.



 Pai Kentang...



No comments:

Post a Comment