Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 23 January 2011

Sambal Telur

Sambal Telur...masakan yang cukup simple n cepat menyediakannya...anak akak yang sulung tuu...Along IQaH memang suka sangat kalu akak masak sambal telur cam gini untuknya...laju dia makan sampai bertambah nasi kalu ada sambal telur kesukaannya...hehehehe... jom kita layan resepinya :

SAMBAL TELUR

Bahan-bahan
10 Tangkai cili kering (di kisar)
4 biji bawang putih (di kisar)
3 biji bawang merah (di kisar)
3-4 biji telur ayam
air asam jawa, garam, gula secukupnyer
minyak untuk menumis
3 cawan air

Cara-cara
1.tumis bawang putih n bawang merah hingga naik bau
2.masukkan cili kering yang telah dikisar. tumis hingga garing atau masak
3.masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
4.biarkan garing sampai mesra.
5.bila dah cukup rasa masukkan air.
6.masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. biar sehingga masak. sekiranya cili hampir kering tapi telur belum masak, cedukkan sedikit cili dalam kuali tu dan letakkan di atas telur tadi. air memainkan peranan penting.
 

No comments:

Post a Comment