Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 13 February 2011

Kuih Kaswi Gandum dan Cendol Ais

Hari ni lepas balik keja...terlebih rajin la pulak..memandangkan cuaca panas kering sejak akhir2 ni....rasa best juga makan kuih yang manis n lembut2 atau best juga makan bubur ke, pengat ke ....sejuk jer tekak bila dapat makan time2 panas cam gini...hihihihi...petang ni akak rasa macam nak makan kuih kaswi jerk...resepi akak amik dari dapor kak hanieliza...mohon cnp akak yek unntuk rujukan di lain kali....dan tenkiu kerana sudi berkongsi resepi....jom kita tengok resepinya...

KUIH KASWI GANDUM


Bahan-bahannya :

Bahan Sirap :

5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

CENDOL AIS

Sebenarnya Cendol Ais ni akak buat hari jumaat lepas....tapi di sebabkan kesibukan sejak kebelakangan niii...baru hari ni dapat di tayangkan di sini....hehehe...besttt bila kali pertama buat cendul ni menjadi...selalunya akak duk beli cendul yang siap jer...pastu balik adun sendiri ngan santan/susu cair n air gula melaka...kali ni puas makan hasil air tangan sendiri yang dibuat dengan penuh kasih sayang untuk famili tercenta...hahahahaha....jom kita layan resepinya :

RESIPI CENDOL

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras*
1/4 cawan tepung ubi*
5 helai daun pandan (di kisar)
3 cawan air
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Daun pandan yang di kisar dimasukkan ke dalam tiga cawan air. Tapis airnya dan dimasukkan garam dan pewarna makanan hijau.
2. Ambil 2 cawan air daun pandan tadi (No. 1) dan bancuh dengan bahan tepung. Ketepikan.
3. Lebihan air daun pandan dijerang di dalam periuk. Bila mendidih, masukkan adunan tepung sambil dikacau-kacau. Kecilkan api dan masak sehingga mendidih dan pekat, terus alihkan dari api. Biarkan selama 5 minit.
4. Adunan yang panas ini dituang ke atas acuan pembentuk cendol yang diletakkan di atas besin berisi air sejuk. Tekan-tekan adunan dengan sudu/ senduk leper, biar adunan keluar berjalur-jalur ke dalam air sejuk. Biarkan cendol di dalam air sejuk sehingga ia menjadi keras. Tuskan sebelum diguna.

Sirap gula merah :

1 cawan gula merah
1 cawan gula putih
2 cawan air
2 helai daun pandan disimpul

1. Jerangkan kesemua bahan-bahan di atas di dalam periuk sehingga mendidih.
2. Tapis sirap dan ketepikan.

Kuah :

1biji kelapa
3 cawan air masak yang telah sejuk
1 sudu teh garam

Perah kelapa untuk dijadikan satu mangkuk santan.

Penyediaan Cendol :

Masukkan cendol ke dalam mangkuk/jar, masukkan ketulan ais (jika ada) dan tuangkan kuah santan dan sirap gula merah mengikut rasa. .... bestttt....nyaman jer tekak bila minum cendol ais ni....selamat mencuba..


Tengok tuuuu...adik IraH dah tak sabar nak menjamu selera....












No comments:

Post a Comment