Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 16 May 2011

Kuih Bakar Pandan


Kuih bakar pandan ni memang sedap di makan....sekejap jer dah habis..apa lagi kalau makan ngan teh o panas....ada ummmph....Resepi ni dari Kak Zana ... harum sangat dan sedap....terima kasih kak zana sbb sudi share..resepi yang sangat senang di cuba kerana ianya hanya menggunakan sukatan cawan dan blender jer...

Bahan-bahan :


1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka


Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..





No comments:

Post a Comment