Jom Ikut

Jangan Lupa Klik



Friday, 1 July 2011

Kek Gulung Coklat

Lama dah akak nak try buat kek gulung ni....baru hari ni berkesempatan nak mencubanya....first time buat...alhamdulillah menjadi. resepi cnp dari blog kak Dayang....mohon share ye akak untuk rujukan di lain kali...best sangat ni...lembuttttt.

KEK GULUNG COKLAT

Bahan-bahan :
90 g tepung gandum
90-100 g gula pasir (dikisar halus)
1 sudu besar susu tepung
1 sk ovalette
5 biji telur
60 g mentega cair
1 sk chocolate paste
1 sk esen vanilla

Untuk filling : mentega, gula ising dan esen vanilla (diputar hingga berkrim)

Cara-cara :

Sediakan loyang dan lapikkan dgn baking paper. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 180C.

Satukan telur, gula, ovalatte dan esen vanilla di dalam mix bowl. Putar hingga kembang dan gebu dgn kelajuan maksimum.

Masukkan tepung, susu dan chocolate paste. Putar lagi (medium speed)

Masukkan mentega cair dan kacau perlahan-lahan dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 15-20 minit atau hingga keperangan.

Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan. Ceraikan kek dari baking paper. Biarkan seketika. Sapukan krim. Kemudian gulung dgn kemas.

Biarkan kek betul2 sejuk sebelum dipotong. (boleh juga masukkan sekejap ke dalam peti sejuk sebelum di potong)

oklah...selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment

Klik-klik