Jom Ikut

Monday, 4 July 2011

Sambal Tumis Udang Petai


Malam ni anak akak "Along IQah" ada tuisyen...kenalah masak awal untuk makan malam. Antara menu akak sekeluarga malam ni adalah sambal tumis udang petai...petai ni kawan anak sedara yang bagi.....dalam sepuluh papan /keping gitu....maklumlah kan...sekarang ni kan musim buah...apalagi akak pun godek2 ler buat sambal tumissss.... jom jenguk resepinya...

Bahan-bahan : ( 1 mangkuk kecil )

300g Udang (saiz ikut suka)
1-3 keping petai - di potong/di kopek
4-5 ulas bawang merah kecil
6-7 sudu besar cili kering mesin
Seketul kecil belacan
Sedikit asam jawa
1/2 - 1 biji bawang besar - hiris tebal membulat
Garam, gula secukup rasa

Cara-cara :
 
- Tumbuk bawang & belacan hingga lumat. Campurkan dgn cili mesin.
- Panaskan minyak & tumis sehingga betul2 garing & wangi.
- Masukkan petai, udang, bawang besar, garam & gula secukup rasa. (Sapa2 yg suka, boleh masukkan Pak Aji sikit- akak x masukkan pon).
- Kacau sehingga layu sedikit. Masukkan air asam jawa. Biar sebentar sehingga petai betul2 masak.
- Sedia untu hidangan 
 
Sedap di makan bersama nasi panas2 beserta ikan goreng /ikan pekasam...fuhhhh meletoppppppppp.....
 
 

No comments:

Post a Comment