Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 8 August 2011

Buah Melaka d Sintok

Kuih ni memang kesukaan en somi n anak-anak....bukan mereka saja yang sukeeee...akak pon layan gak kuih ni....ni menu kuih berbuka puasa akak n famili hari yang ke 8. Lambat masuk n3....coz internet tak berapa ok....resepi amik dari mak....dulu2 mak rajin buat kuih ni untuk kami.....siap boleh buat jual lagi.....hehehehe

Jom kita jenguk resepi bonda akak ni....

BUAH MELAKA

Bahan-bahan :

2-3 keping gula kabung
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung jawi
2-3 helai daun pandan (kisar ambil airnya)
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Kelapa parut putih


 Cara-cara :
  1. Masukkan tepung pulut dan tepung jawi ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaulkan dengan air pandan (air pes pandan) dan sedikit pewarna hijau. 
  3. Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan. 
  4. Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut.  Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik. 
  5. Panaskan air  sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
  6.  Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam.  Biarkan sejuk baru boleh di makan.

Oklah selamat berpuasa dan mencuba ....

No comments:

Post a Comment