Jom Ikut

Wednesday, 10 August 2011

Kuih Lopes - Iftar 10


KUIH LOPES :

Bahan-bahan :

1/2 kg beras pulut
air secukupnya untuk merebus
daun pisang secukupnya
tali secukupnya

1 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - optional
Sedikit pewarna hijau

Bahan2 air gula:


300gm gula melaka
4 sudu besar gula pasir
250ml air
3 helai daun pandan


Cara-Menyediakannya:

  • cuci beras pulut dengan bersih
  • tanakkan pulut sehingga masak dengan memasukkan air daun pandan serta sedikit pewarna hijau.
  • layurkan daun pisang dan potong ikut berapa besar kuih lopes yang dikehendaki
  • ambil sekeping daun pisang dan letakkan 2 senduk pulut ke atasnya.
  • bungkus dengan rapi serta padat isinya ...lakukan sehingga habis
  • setelah itu ambil dalam 3-5 biji dan ikat ketat dengan tali
  • lakukan sehingga habis
  • rebus selama 1/2 jam atau sehingga masak
  • sementara itu kukuskan kelapa parut dengan sehelai daun pandan
  • sejukkan dan gaulkan dengan garam
  • masak semua bahan air gula sehingga larut
  • angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
  • cara menghidang: gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut dan hidangkan dengan air gula.


Sedap menjamu selera di bulan ramadhan ini.....cuba jangan tak cuba....

No comments:

Post a Comment