Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday 27 September 2011

Wajik

Wajik ni memang kesukaan akak sekeluarga....selalunya banyak di hidangkan time majlis-majlis keramaian dan kenduri kahwin. Pertama kali mencuba dan alhamdulillah cantik dan sedap jer rasanya (cewahhh masuk bakul angkat sendiri nampak)...tak manis dan lembut ja...encik somi siap bertambah lagiksssss.....resepi cnp dari blog kak liza...mohon share di sini ye kak liza buat rujukan di lain kali....tqvm.

WAJIK

Bahan:
1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan pekat + secubit garam [1 biji kelapa]
5 helai daun pandan...simpul


Cara:
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan santan dan daun pandan.
3. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan

NOTA:
Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis sikit.
Masukkan dalam santan dan gula yg telah mendidih.

No comments:

Post a Comment