Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 28 September 2011

Bubur Cha-Cha

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia wat semua.....semoga hari ini beroleh ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.....amin ya rabbal alamin. Pernah tak korang makan bubur ni??????? sedappp tuuu...anak-anak pun suke makan bubur ni , mungkin kaler dia warna warni kot....hehehe.....sebenarnya bubur ni akak beli lama dah waktu jalan-jalan kat Pekan Rabu Alor Setar 2 bulan lepas cuma kesempatan nak membuatnya saja yang bertangguh...ni pon request dari adik Irah yang minta akak mnyediakannya.... bubur cha-cha ni memang mudah kita dapatkan d Pekan Rabu sebab kat situ macam-macam ada....dari segala macam keperluan ada seperti pakaian, makanan kering, pekasam, kuih tradisional dan bermacam2 la ada kat situ (cewahhh tolong promot nampak...hehaa sekali sekala apa salahnya kan???????).

Bubur ni memang sesuai di makan sebagai pencuci mulut dalam majlis sambutan hari jadi anak-anak ke, kenduri kesyukuran atau apa2 majlis keraian kerana keenakan rasanya ia juga cantik di pandang mata.
BUBUR CHA-CHA

bahan-bahan :

1 peket bubur Cha-cha (ada di jual di pasaraya)
1 mangkuk santan
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan sagu biji
2 helai daun pandan

Cara-caranya:

Bubur cha-cha di basuh bersih dan masukkan ke dalam periuk bersama santan. Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih sambil di kacau selalu takut ianya berketul. Apabila mendidih masukkan sagu yang telah di bersihkan ,gula dan garam serta daun pandan yang telah di simpul. Kacau sekali sekala agar ianya sebati. Biarkan mendidih dan tutup api....sedia untuk di hidang mengikut citarasa samada panas atau sejuk.


Sedap jer bila lalu kat tekak....mabeles....hehehe.....


1 comment:

  1. Salam...Sedapnya bubur cacar makan-makan di waktu petang

    ReplyDelete