Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Saturday 8 October 2011

Kek Batik Coklat IraH

Kek yang yang disaluti coklat sememangnya amat digemari oleh kanak-kanak...tidak terkecuali anak akak si adik Irah tu...memulun dia makan kek ni...sebab tu akak namakan kek ni dengan nama "Kek Batik Coklat IraH"...hehehehe.Resepi kek ni akak cnp jer dari blog Hasue...thanks kerana sudi berkongsi resepi kek batik ni...sedap sangat....ada sesetengah kek batik tu ... di masukkan telur tp yang Hasue ni x der pula d masukkan telur...ianya mmg menepati selera akak n keluarga....minta kebenaran Hasue untuk share resepi d sini plak yerk untuk rujukan akak n teman-teman lain yang berhajat nak mencuba pula.

KEK BATIK COKLAT IRAH
By : http:// fieda6973.blogspot.com
Resepi Asal : Hasue : I Love My Life

Bahan-bahan:

* 200gm milo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko van houten
* 1 tin kecil susu pekat manis >akak kurangkan sedikit sebab manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat dan biskut meri, sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
 Kek Coklat ni sesuai untuk minum petang dsb sebab ianya mudah, senang dan cepat untuk menyediakannya. Kalau ada kawan-kawan atau tetamu call nak datang umah dalam sejam dua lagi...apa kata kita cuba buat kek ni dan hidangkan pada mereka (sempat lagi nak buat tu)...pasti best nyer....hehehehe. Tak lah nanti tetamu datang jamu ngan biskut kering jerk...Bagi yang belum mencuba...cepat-cepat mencubanya..pasti anda akan berpuas hati.....







3 comments:

  1. Salam..geram betul sue tgk keratan rentas kek ni..nampak sedap sangat

    ReplyDelete
  2. sue@nenie : Thanks...tp memang sedap kek batik ni...penuh ngan rasa coklat...anak2 sukeeee niii....hehehehe

    ReplyDelete
  3. suka tengok kek ni.. sangat kemas..
    kalau maklong buat lintang puang biskutnya..

    ReplyDelete