Jom Ikut

Monday, 14 November 2011

~~~Udang Goreng Kunyit~~~

Kejadian ni berlaku 2 hari lepas....menu yang serba mudah dan sangat-sangat ringkas untuk hidangan kami sekeluarga...walaupun ringkas tapi anak-anak dan en somi tetap sukeee.... mungkin makanan yang kita hidangkan di rumah di masak dengan penuh kasih sayang kot...hehehehe.

Nak story banyak-banyak pon mood tak berapa rajin la....mungkin di sebabkan internet ni yang kadang-kadang slow membuatkan akak malas nak berceloteh panjang....apa kata kita layan resepi ringkas ini....rasanya anak-anak kita yang sekolah rendah pun boleh menyediakannya..

UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-bahan :

15-20 ekor udang harimau (sederhana)
1 labu bawang besar (potong bulat)
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
3 biji cili padi (jika suka)
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk kunyit
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
sedikit daun bawang

Bahan bertanda * di mayang @ di tumbuk halus

Cara-cara menyediakannya :

Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang putih dan bawang merah yang di mayang/di tumbuk halus tadi . Goreng hingga naik bau.
Masukkan udang , garam dan serbuk kunyit serta gaul sebati. Biarkan seketika hingga udang separuh masak.
Masukkan cili padi dan bawang besar serta air asam jawa.
Tumis hingga sedikit layu baru masukkan daun bawang.
Rasakan garam dan sedia untuk hidangan.




No comments:

Post a Comment