Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Saturday 8 October 2011

Kek Batik Coklat IraH

Kek yang yang disaluti coklat sememangnya amat digemari oleh kanak-kanak...tidak terkecuali anak akak si adik Irah tu...memulun dia makan kek ni...sebab tu akak namakan kek ni dengan nama "Kek Batik Coklat IraH"...hehehehe.Resepi kek ni akak cnp jer dari blog Hasue...thanks kerana sudi berkongsi resepi kek batik ni...sedap sangat....ada sesetengah kek batik tu ... di masukkan telur tp yang Hasue ni x der pula d masukkan telur...ianya mmg menepati selera akak n keluarga....minta kebenaran Hasue untuk share resepi d sini plak yerk untuk rujukan akak n teman-teman lain yang berhajat nak mencuba pula.

KEK BATIK COKLAT IRAH
By : http:// fieda6973.blogspot.com
Resepi Asal : Hasue : I Love My Life

Bahan-bahan:

* 200gm milo > boleh letak lebih sikit jika suka
* 250gm butter/marjerin
* 3 sudu makan serbuk koko van houten
* 1 tin kecil susu pekat manis >akak kurangkan sedikit sebab manis
* biskut meri secukupnya

Cara-cara
  1. Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil
  2. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau(guna hand whisk) sehingga milonya hancur
  3. Seterusnya masukkan serbuk koko.... kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul
  4. Setelah pekat(membentuk kerak halus),padamkan api.
  5. Susun biskut meri di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk)lapis ngan adunan coklat dan biskut meri, sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis...
  6. Siap...dan biarkan semalaman.... potong dan hidangkan...kalau mahu cepat keras masukkan dalam peti sejuk dan bila keras potong dan hidangkan...
 Kek Coklat ni sesuai untuk minum petang dsb sebab ianya mudah, senang dan cepat untuk menyediakannya. Kalau ada kawan-kawan atau tetamu call nak datang umah dalam sejam dua lagi...apa kata kita cuba buat kek ni dan hidangkan pada mereka (sempat lagi nak buat tu)...pasti best nyer....hehehehe. Tak lah nanti tetamu datang jamu ngan biskut kering jerk...Bagi yang belum mencuba...cepat-cepat mencubanya..pasti anda akan berpuas hati.....







Friday 7 October 2011

Kek Karamel


Salam jumaat buat semua ....petang ni akak suka nak share citer ngan kengkawan tentang resepi baru yang telah akak cuba semalam iaitu "Kek Karamel". setiap hari dan setiap minggu asyik duk tengok kawan2 siber duk tayang jerrrr...tak boleh jadi niiii...mesti nak cuba gak...resepi akak amik dari blog kak zu semanis gula udah lama tersimpan rapi....tapi hati masih was-was takut kalau-kalau projek kek karamel ni tak menjadi....hehehe.

Tiga empat hari yang lepas...tenguk Lina dari blog Teratak Mutiara Kasih duk tayang resepi kek karamelnya...rasa sedappp dan keinginan nak mencuba tu datang semula....apa lagi barang2 dan bahan-bahan pun dah ada....akak pon godeklah kek karamel ni di temani  adik Irah coz Along Iqah tak ada kat umah kerana ada Kem Motivasi Solat di sekolahnya.

Walau pun ini adalah pertama kali akak mencuba membuat kek karamel ini...alhamdulillah usaha akak tidak sia-sia...terima kasih pada yang empunya resepi dan akak cnp resepi dari blog Lina teratak mutiara kasih....sedappp sangat kek karamel ni... mohon share di sini untuk rujukan masa akan datang n len kali boleh buat lagiii...anak-anak suka terutama karamelnya....big bos siap komplen lagi suh buat bagi tebal sikit karamelnya....apapon akak berterima kasih buat en somi n anak-anak kerana sudi dan menyokong semangat serta usaha akak ni....

RESEPI KEK KARAMEL

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus- akak tambah jd 4 sudu)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B)
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak msk

(D) - Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C (akak bakar pasda suhu 170'C) gn api bwh sahaja
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...

Bagi sesape yang belum mencuba...selamat maju jaya dan jangan jemu jika cobaan pertama x menjadi....teruskan mencuba n mencuba....gud luck.....

Saturday 1 October 2011

Mee Goreng Basah

Petang-petang cam ni kita layan mee goreng plak....dengan cuaca sejuk dan dingin seperti sekarang ni sedap kalu makan mee goreng ni panas-panas...kena pula ngan teh o panas...fuhhh lentok beb....sebenarnya N3 ni yang semalam punya....akak masak tuk dinner kami semalam bersama ngan bubur cha-cha tu....hehaaa. En somi dan anak-anak memulun makan...siap bertambah lagi....tak sia2 akak masak tuk mereka dengan penuh kasih sayang....pewiiiitttttttttt.

MEE GORENG BASAH

1 peket mee
2 ekor sotong- hiris bulat
2 keping fish ball- hiris
1 pokok sawi
1/2 mangkuk taugeh
3 ulas bwg putih- tumbuk halus
2 biji telor

bahan sos: (campurkan dlm mangkuk)
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap masin
beberapa titis minyak bijan
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram



panaskan minyak secukupnya
tumis bwg putih sampai naik bau
masukkan bahan sos
biarkan sekejap
pecahkan telur, biarkan membeku sblm dikacau
masukkan sotong, fish ball dan btg sawi
masukkan 1/4 cawan air (kalau nk mee sedikit basah atau kurangkan)
biarkan sekejap
masukkan sawi, taugeh dan mee
gaul sebati- rasa secukupnya sblm angkat
kalau kurang masin, tambah kicap 

*sedikit tips: 
semasa masak mee, seeloknya elakkan penggunaan garam. 
hanya gunakan kicap dan sos sbg bahan perasa


Jom layannnnn....

SELAMAT MENJAMU SELERA