Jom Ikut

Saturday, 21 January 2012

~Kentang Putar ala KFC~


Hari ni anak-anak request nak makan kentang putar yang ala-ala KFC tuuu (ya ke????)...lama betul akak tak buat kentang putar ni untuk mereka....bila pergi kat KFC kentang ni wajib beli sorang satu cup yang besar tapi  masih tak cukup ...nahhhh bila buat seniri ni....amik koooo...leh makan sampai kenyangggggggg .... rasanya best sangat...seperti kentang putar dari KFC juga...resepi ni akak dapat dari salah seorang blogger dan dah tak hengat namanya ...apapon mohon izin untuk share resepinya disini untuk rujukan diri sendiri dan juga teman-teman....jom apa lagi kita intai2lah  resepinya yang senang dan mudah ini....lepas ni tak payah la kita beratur panjang untuk dapatkan kentang putar dekat KFC lagi...hehehehe.

KENTANG PUTAR YANG BEST

Bahan-bahan ( 10 biji kentang )

• 10 biji kentang - di buang kulit dan di potong kiub
• 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk halus
• 1/2 cawan fresh milk
• garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Rebus kentang dengan sedikit garam
2. Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
3. Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus dan gebu.
4. Sambil putar jangan lupa masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya


Sos kentang putar (gravy)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

• 650 ml air
• 5 sudu besar stok ayam (akak guna brand maggi)
• 1 biji bawang besar - cincang
• 1 batang saderi - cincang
• 40 gm mentega
• 20 gm tepung gandum
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• sedikit serbuk lada hitam
• kicap pekat - untuk mendapatkan warna
• garam

Cara-cara:

1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.

NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram sudah masin.




17 comments:

  1. agak menarik dan boleh di cuba ..

    ReplyDelete
  2. Nmpk beest...tp saderi tu ape??hehe.xtau..nk try..handmixer tu blender la kan??

    ReplyDelete
  3. best kalo disertakan dgn pic cara mmbuatnya.............

    ReplyDelete
  4. Thnx share recipe insyallah i akan cuba buat ;)

    ReplyDelete
  5. Insyallah nk try nnt.thanx share!! ^_^

    ReplyDelete
  6. tq for this info...i love it n try later...

    ReplyDelete
  7. tumpang tanya air rebusan tu dtg dr mana ye? yg 650ml air ke? air tu kena masak trlebih dahulu ke?

    ReplyDelete
  8. korang semua mesti Cuba. I dah try dah.sedap....dapat makan puas2 plak 2..=)

    ReplyDelete
  9. daun saderi tu ape ?
    klau guna susu cair f&n boley ke ?
    stok ayam tu kube ayam ke ??

    ReplyDelete
  10. sekadar nak kongsi...
    kentang putar saya guna
    kentang USA, sebuk lada putih, garam dan 4 sudu planta, x letak susu segar
    Sos ketang putar saya guna
    bawang besar, bawang putih, kiub pati ayam, sos lada hitam, sos cili,kicap, mashroom soup, teping jagung..

    ReplyDelete
  11. sedap tuu...letak mashroom soup dan sos lada hitam dlm sos kentang putar lagiiii sedap

    ReplyDelete
  12. saya dah cuba..anak sya suka sgt..mari singgah blog sya ya http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

    ReplyDelete