Jom Ikut

Tuesday, 17 January 2012

Kuih Gulung aka Kuih Ketayap


Akak memang menggemari kuih ketayap ni...en somi dan anak-anak pun suka....dah banyak kali akak buat kuih ni dan ini projek masa balik kampung Sabtu lalu...Walaupun akak dah pernah letak resepinya dahulu  tapi demi untuk memudahkan teman-teman untuk membuat rujukan, sekali lagi akak pamerkan di sini....moga ianya memberi manfaat dan kemudahan kepada semua...jom kita pakat cuba resepi yang simple dan senang ini buat hidangan keluarga tersayang.....

KUIH KETAYAP


Bahan2 buat batter :

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam

Bahan inti:

150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda


Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.



















1 comment:

  1. hihi teringat kuih nih..teringat plak kat geng2 ofis..depa panggil kuih nih..kuih teruna malang...ape yang malang pun tak tau la... sedapp kuihh nihh

    ReplyDelete