Jom Ikut

Saturday, 28 January 2012

~Roti Jala~


Sarapan kami pagi ni ngan roti jala...awal2 pagi lagi akak dah menjala...hari ni cuti minggu bagi kawasan utara seperti Kedah ni....hari ni terlebih rajin..maklumlah hari2 biasa tak sempat kalau nak menjala camni sebab kul 7.30 pagi dah kena kuar rumah ke tempat kerja....walaupon umah akak dengan tempat kerja dalam 3km ja...tapi akak rasa selesa kuar awal dan bebas dari kesesakan lalulintas.....dah jadi amalan sejak sekolah lagi...suka kuar awal.

Bebalik pada citer roti jala tadi...resepi ni akak amik dari dapor DTS...mohon keizinan untuk cnp resepinya di sini plak ye untuk rujukan diri sendiri dan teman-teman...

ROTI JALA/ROTI KIRAI

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan + 3 camca besar air
1 biji telor
1/2 cawan santan (akak guna susu cair)
Garam secukup rasa
Beberapa titik perwarna kuning

Kuah kari, kuah gulai atau sambal tumis untuk mencicah*


CARA MEMBUATNYA :

Dalam satu bekas, masukkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda (*), kacau rata dengan whisk hingga licin dan tapis, atau masukkan dalam alat pengisar dan kisar halus. Rehatkan sekejap dalam 15 minit.
Lenser non-stick pan saiz 9 atau 10 inci dengan sedikit minyak. Isi adunan tadi dalam bekas membuat roti kirai, kemudian kiraikan atas pan tadi secara berangkai dan semua kiraian bersambung antara satu sama lain. Gunakan api sederhana.
Kemudia bila permukaan roti kirai kelihatan pucat, boleh lah anda gulung atau lipat dalam kuali menggunakan sudip kayu kecil. Buat hingga siap dan hidangkan bersama kuah kegemaran anda, nak makan dengan serawa durian pun sedap...


2 comments: