Jom Ikut

Tuesday, 10 January 2012

Sambal Tumis Ikan Cencaru

Malas nak citer...tak ada idea nak celoteh kat sini....apa pun jom kita tengok resepi ni lah yek....

SAMBAL TUMIS IKAN CENCARU

Bahan-bahan :

2 ekor Ikan cencaru - dibersihkan dan dibuang kulit kerasnya
10 tangkai Cili kering - direbus dan diblend
1 labu Bawang besar – diblend
3 ulas Bawang putih – diblend
1 labu bawang besar – potong bulat
½ inci Halia – diblend
Air asam jawa
Garam & Serbuk kunyit - secukupnya
Gula/serbuk perasa - secukup rasa

Cara menyediakannya :

Ikan cencaru dilumur dengan garam dan serbuk kunyit 
Goreng ikan cencaru sehingga separuh masak
Angkat dan ketepikan
Blend Cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia
Tumis bahan yang diblend sehingga garing
Masukkan gula, garam dan serbuk perasa
Masukkan jugak air asam jawa
Kacau sebati semua bahan hingga agak pekat
Kemudian…bolehlah di masukkan ikan cencaru yang telah digoreng tadi
Last sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat
Gaulkan semua biar sebati…bila kuah mulai mereneh, tutup api dan hidangkan





No comments:

Post a Comment