Jom Ikut

Tuesday, 21 February 2012

~Apam Tepung Gandum~

RESEPI APAM TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan :
450g tepung gandum
½ cawan gula
6 gram ibu roti (instant yis)
31/2 cawan air
Sedikit garam *
Kelapa parut *

Cara menyediakannya:

-Masukkan tepung , gula dan air ke dalam blender dan kisar halus.
-Masukkan ibu roti dasn gaulkan sehingga sebati.
-Masukkan ke dalam Loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
- Biarkan/peram adunan hingga naik dalam masa 45 minit ke 1 jam.
-Panaskan air dalam pengukur hingga mendidih.
- Masukkan Loyang tadi dan kukuslah selama 40 minit/sehingga masak.
- Setelah sejuk bolehlah dipotong dan digaulkan dengan kelapa parut *



Nota : *kelapa parut digaulkan dengan garam . Untuk mempercepatkan keaktifan yis, bancuh yis dengan sedikit gula dan ¼ air suam. Yis yang elok akan naik dan berbuih di permukaan atasnya.







No comments:

Post a Comment