Jom Ikut

Friday, 3 February 2012

~Puding Roti Pelangi~


Puding Roti Pelangi ni sangat sedap dan sesuai sekali ngan tekak akak n famili....tambah-tambah yang baru kuar dari peti ais tu...sejuk dan nyaman sekaliii...huhuhu. Puding ni bukan akak yang buat tau tapi My SIL yang sediakannya masa dia bertandang kat umah akak...akak tukang makan jer...dan tolong apa yang patut. Resepinya lebih kurang Puding Roti Marble yang akak buat hari tu cuma tambah warna biar jadi  cam pelangi ...ianya sangat cantik dan sedap di pandang mata....apa kata jom kita selongkar resepinya...

Puding Roti Pelangi

Bahan A :
5 keping roti gardenia
11/2 cawan susu cair
2 biji telor
1 cawan air
1/2 cawan gula

*Semua bahan-bahan diatas di blender hingga sebati dan halus.

Bahan B :
10g agar-agar tali
21/2 cawan air
Perwarna hijau, merah dan kuning (ikut citarasa sendiri nak warna apa)


Cara-caramenyediakannya :

- Basuh agar-agar tali dan masak diatas api bersama 21/2 cawan air tadi .
- Biarkan agar-agar itu hancur dan mendidih.
- Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang telah di kisar tadi kedalam adunan agar-agar.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan terus padamkan api.
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan setiap satunya diwarnakan dengan warna yang berlainan.
- Sediakan loyang dan masukkan setiap warna secara berselang seli antara satu sama lain.
- Lapiskan adunan sehingga selesai.
- biarkan sejuk seketika baru di masukkan ke dalam peti sejuk.


Selamat menjamu selera.....

No comments:

Post a Comment