Jom Ikut

Thursday, 22 March 2012

Dinner d Umah

Masak Lemak Peria Udang

Bahan-bahan :
1 biji peria sederhana besar
300g udang
4-5 biji cili padi
1 mangkuk santan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
sedikit garam dan serbuk perasa (jika suka)
2 keping asam gelugur

Cara membuatnya :

Peria dan udang di potong/ di kupas kulit serta basuh bersih.
Masukkan udang dan peria kedalam periuk
Kisar cili padi, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup bersama sedikit santan.
Masukkan bahan yang di kisar ke dalam periuk tadi bersama santan yang selebihnya.
Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping.
Masak sehingga mendidih sambil di kacau selalu agar tidak pecah minyak.
Sedia untuk hidangan.









No comments:

Post a Comment