Jom Ikut

Wednesday, 14 March 2012

~Pau Kukus~

Pau Kukus inti kelapa.....malas nak citer panjang-panjang...mood menulis dan mengarang kurang hari ni....jadi layan jer gambar pau yang tak berapa nak cantik ni...first time buat...insyaallah akan perbaiki lagi lepas niiii.

PAU KUKUS
Bahan-Bahannya :

240 g tepung pau/tepung gandum
1 camca teh Double-Acting baking powder
1 camca teh instant yeast
1/2 camca teh garam
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan, kacau hingga sebati)
Inti kelapa secukupnya atau pun ikut kegemaran masing2

Cara membuatnya :
  • Satukan tepung, yeast, garam dan double-acting baking powder dalam satu bekas, gaul hingga rata. Tuang bahan yang disatukan sedikit demi sedikit hingga habis dalam adunan tadi sambil digaul hingga menjadi doh.
  • Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal (lebih kurang 15 minit). Masukkan dalam bekas lain, tutup permukaannya dengan plastik atau tuala lembab dan biar 45 minit hingga doh naik sekali ganda.
  • KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan di atas kecuali "inti" ke dalam bread maker, pilih setting for dough dan tekan. Biar hingga siap.
  • Keluarkan doh, uli sekejap dan bagi kepada 10 bahagian (kurang lebih 40 g setiap bahagian) dan bulat2kan. Ambil satu, leperkan dan isi inti, tutup kemas dan bulat2kan, letak atas kertas minyak yg telah dipotong 2 inci x 2 inci dan sapu dgn sedikit lemak sayur. Buat hingga siap.
  • Rehatkan 25 minit dan kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan boleh dihidangkan panas atau pun suam...Selamat mencuba

Bahan Inti Kelapa :

1/2 biji kelapa parut.
1/2 cawan gula merah
3-4 sudu besar gula pasir(ikut manis yang di kehendaki)
1 sudu tepung gandum ( tak letak pun tak apa)
sedikit garam
1/2 cawan air panas.

Cara menyediakannya :
  • Bancuh gula merah dan gula pasir dengan air panas dan tapis ke dalam periuk atau kuali.
  • Masak diatas api sehingga mendidih baru masukkan kelapa parut, tepung dan garam.
  • Kacau sekata sehingga inti menjadi pekat dan sedikit kering.
  • Angkat dan sejukkan.
Walaupon rupanya tak berapa cantik dan mulus seperti yang di harapkan....namun rasanya tetap memikat hati akak dan anak-anak serta keluarga.





No comments:

Post a Comment