Jom Ikut

Tuesday, 6 March 2012

Pengat Pisang Berjagung


Lama tak makan pengat pisang...masa balik kampung hari tu...bapa akak ada bagi 2 sikat pisang dan sedikit jagung sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke Sintok....alhamdulillah. Satu sikat pisang tu akak dah bagi  dan sedekahkan kepada MIL dan satu lagi untuk habuan kami sekeluarga.....memula tu ingat nak wat kek pisang ke ...apam pisang ke...last-last idea datang dan terasa sedap pulak rasa tekak kalu makan pengat pisang dan taruh jagung...teringat masa kecik-kecik dulu arwah tok suka wat pengat cam gini....terasa sejuk dan manis sekali lalu kat tekak...tunggu apa lagi benda yang baik tak boleh ditangguhkan lagi dan bahan2 sume pun dah ready...godek punya godek maka jadilah pengat pisang yang begitu sedap (perasan jap..hehehe) buat santapan kami petang itu...maklumlah masak ngan penuh kasih sayang buat keluarga terchenta...huhuhu.

PENGAT PISANG BERJAGUNG

Bahan-bahan :

2 tongkol jagung manis - di hiris halus/nipis
4-5 biji pisang
4 sudu besar sagu
600ml santan
4-5 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
sedikit garam

Cara menyediaknnya :

- basuh sagu dan toskan dalam penapis.
- Masukkan santan, jagung dan garam kedalam periuk
- masak di atas api sederhana.
- Biarkan sehingga mendidih sambil di kacau sekali sekala.
- Masukkan pula sagu, gula pasir dan gula merah tadi.
- Last sekali masukkan pisang dan kacau selalu.
- Masak sehingga mendidih sekali lagi dan sagu bertukar menjadi jernih...
- siap untuk hidangan.


SELAMAT MENJAMU SELERA.




No comments:

Post a Comment