Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 25 April 2012

Kerang Masak Lemak Cili Api dengan Rebung

MASAK LEMAK CILI API KERANG
Bahan-bahan :
1 kilo kerang saiz duit 20 sen – direbus dan di ambil isinya sahaja
3 cawan santan pekat - boleh tambah
1-2 batang serai dititik
1 keping asam gelugur/keping
250g rebung – direbus dahulu dan dipotong bulat
Garam secukup rasa
10 biji cili padi *
3cm kunyit hidup*
2 ulas bawang merah*
(Bahan bertanda * di kisar/ditumbuk halus)

CARA MEMASAK :

Masukkan santan , bahan yang ditumbuk lumat , rebung , asam keping  dan serai yang dititik ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih kemudian masukkan semua kerang yang sudah dibasuh bersih dan garam secukupnya . Kacau sekali sekala dan biarkan sampai kuah mendidih. Rasakan masam, masin dan pedas mengikut selera dan terus padamkan api….siap untuk hidangan.




No comments:

Post a Comment