Jom Ikut

Monday, 9 April 2012

~Masak Pedas Daging Daun Kunyit~

MASAK PEDAS DAGING DAUN KUNYIT
BAHAN-BAHAN :


600g daging, potong kiub (tapi akak hiris lebar2)
sedikit air asam jawa
1 keping gula melaka
2 camca besar kerisik
Garam secukup rasa
2 cawan santan cair

1 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit, hiris halus
4 helai daun limau purut (akak tak ada stok)
3 camca besar cili kisar
2 camca besar penuh rempah kari daging
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)

BAHAN KISAR HALUS:


10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai, hiris halus
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
3/4 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA:


Satukan bahan kisar bersama rempah kari dan cili kisar, kacau rata dan ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk /kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Masuk bahan kisar + rempah + cili kisar tadi dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan daging dan gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan cair sehingga daging tenggelam. Kacau dan masukkan sedikit garam. Tutup periuk/ kuali serta kecilkan api dan masak lebih kurang 15 minit.
Tambah santan pekat, kerisik, gula melaka, daun limau purut dan air asam jawa. Kacau sebati dan masak hingga kuah pekat, tambah garam secukup rasa dan hirisan daun kunyit. Gaul dan masak sekejap dalam 5-10 minit dsan sedia untuk di hidangkan. 









No comments:

Post a Comment