Jom Ikut

Thursday, 26 April 2012

Pengat Labu Kuning

Ada kawan-kawan di sini yang suka ngan pengat aka serawa labu??????? Kalau ya...samalah kita...walau ramai yang berkata labu ni makanan yang berangin dan kurang sesuai bagi ibu-ibu yang dah melahirkan anak, tapi suka punya pasal kadang-kadang tu pantang larang tu tolak ke tepi sat....Anak-anak pun suka pengat ni...abahnya lagi la sukaaa.....hehehehe

PENGAT LABU

Bahan-bahan : (hidangan untuk 4 orang makan)


sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda)
secubit garam
1/2 cawan sagu 
2 mangkuk santan pekat (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi)
2 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak.
Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak.
Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa labu siap untuk di hidang. Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk.






No comments:

Post a Comment