Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 8 April 2012

~~Sambal Sotong~~

Menu makan tengahari hari Jumaat Lepas...baru boleh masuk entry hari ni sebab talian internet tak berapa nak ok dua tiga hari kebelakangan ni...

SAMBAL SOTONG
Bahan-bahan :

750g sotong sederhana besar
10 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
sedikit gula dan garam
1-2 sudu makan perahan air asam jawa
sedikit minyak untuk menumis

Cara menyediakannya :

- Cili kering, bawang besar dan bawang putih di blend halus.
- Masukkan minyak dalam kuali/ periuk dan biarkan seketika.
- Apabila minyak telah panas, masukkan bahan yang telah di blend tadi.
- Goreng/masak sehingga garing dan berbau harum.
- Masukkan garam, gula dan perahan air asam jawa tadi
- Masak lagi sehingga kuah pekat dan naik minyak.
- Akhir sekali baru masukkan sotong..jangan terlalu lama nanti sotong akan mengecut dan liat.
- Apabila mendidih..bolehlah diangkat dan hidangkan.




No comments:

Post a Comment