Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Thursday 24 May 2012

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah .... menu pelengkap bagi nasi tomato/ nasi daging dan enak juga dimakan dengan nasi putih atau lain-lain. Masak merah ayam yang akak buat ni adalah menu berbuka akak dan Along Iqah pada 1 Rejab tempohari....makan dengan nasi tomato dan acar timun ....menu ni salah satu makanan peberet Along Iqah....memandangkan dia juga berpuasa pada hari tu...akak suka sangat menyediakan makanan kegemarannya dan laju ja dia makan waktu berbuka hari tu....sampai sahur pagi esoknya pun dia makan nasi tomato juga setelah siap dipanaskan....siap puji2 mama lagi kata sedaappp (nak suruh buat lagi la tu...hehehe) ...tapi ok juga sekurang-kurangnya  masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang ini dihargai oleh anak-anak dan tidaklah membazir...ye tak????hehehehe :)



RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :


1/2 ekor ayam ..dipotong dan dibersihkan (gaulkan kunyit & garam dan goreng)
4 camca kacang peas (akak tak masukkan pon)
1 labu bawang besar (potong gelang)
Sedikit minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Tuesday 22 May 2012

~~Daging GorengBlack Pepper~~

 Salam buat semua kawan-kawan.....sekejap jer kita dah berada dalam bulan Rejab..lagi dua bulan kita akan sambut Bulan Ramadhan....sungguh cepat masa berlalu....dalam bulan Rejab ni banyak kelebihannya bagi kita umat Islam...kawan-kawan sume dah ganti puasa ke? kalu belum lagi eloklah kita ambil berkat bulan ini untuk melunaskannya....disamping dapat pahala dan ganjarannya....antara Kelebihan bulan Rejab kawan-kawan boleh klik SINI dan SINI serta boleh juga tengok pada entry akak yang lepas-lepas di SINI dan SINI ....


Daging Goreng Black Pepper ni sebenarnya salah satu menu juadah berbuka akak petang kemarin....hari ni pun akak teruskan berpuasa dan mungkin juga untuk sepanjang minggu ini, Insyaallah ...maklumlah nak juga kutip pahala puasa pada bulan Rejab ni kan...hehehe...pada kengkawan yang berpuasa juga tu...akak ucapkan selamat berpuasa dan selamat meneguhkan iman kita....semoga kita berjaya menghabiskan puasa kita untuk hari ini dan seterusnya....insyaallah.

RESEPI DAGING GORENG BLACK PEPPER

Bahan-bahan :


·                     500gm daging
·                     sebiji bawang besar ( pilih yang paling besar hiris bulat)
·                     2 ulas bawang putih *
·                     2 ulas bawang merah *
·                     1 inci halia *
·                     1 s/b lada hitam  * ( nak extra pedas isi le lebih)
·                     secubit garam
·                     pak aji (akak tukar dengan Hilal)
·                     1/4 cawan jus asam jawa
·                     1-2 biji cili padi (tekan skit ngan pisau)
·                     sedikit minyak nak goreng daging
·                    1/2 cawan air
·                     2 s/b sos tiram

* Bahan-bahan ini dikisar/ditumbuk halus

Selamat Datang Bulan Rejab



Sekadar berkongsi....

Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.

Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.

Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.

Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Monday 21 May 2012

Sepetang di Kuala Perlis....

Jalan-jalan bawa anak ke Kuala Perlis petang Sabtu lalu..tengok matahari terbenam....asyik dan terpaku dengan kebesaran Allah SWT yang menjadikan dunia ini penuh dengan warna warni dan kecantikan yang hakiki....Pemandangan matahari terbenam begitu indah sekali petang itu kerana cuaca elok dan tidak hujan.

Along Iqah sempat berposing beberapa keping gambar kat tepi pantai Kuala Perlis ....layan jer laaa...





Adik Irah pon tidak kurang berposing sama...hehehe



Projek hujung minggu

Sebenarnya triffle ini akak buat minggu lepas....memandangkan ada lebihan kek dan anak-anak pun dah muak menjamahnya...makan terjadilah triffle ini....sekurang-kurangnya habis juga kek tu bila buat resepi camni.... sedap dimakan lepas keluar dari peti es....nyum..nyum...




Wednesday 16 May 2012

Jasa dan budimu tetap di kenang.....


Selamat hari Guru khas buat semua yang bergelar pendidik di seluruh negara. Ucapan khas ini juga ku tujukan buat guru-guruku bermula seawal di Tabika KEMAS Pdg Nyior,SKPT,SMURU dan SMAA  sempena sambutan hari guru pada tahun ini....Terima kasih yang mampu ku ucapkan atas jasa dan bimbingan kalian semua sehingga aku berjaya sampai ke tahap ini hari ini....jasa dan budi kalian amat di hargai dan disanjung tinggi sampai bila2...kerana bermula dari mengenal ABC sehinggalah aku pandai mengeja dan membaca...Alhamdulillah...Terima kasih Cikgu...





Tuesday 15 May 2012

Jom minum petang ....Kuih bom lagiiiiiiii

Kuih bom durian wat makan-makan petang kami sekeluarga pada hari ahad lepas....sebenarnya durian ni akak frozenkan....bila nak makan baru keluarkan dari esbok...hahahaha....lama tak makan cucuq durian ni...sedap la pulak (cewahhhh masuk bakul angkat sendiri nampak)....adik Irah suka sangat ngan durian ni...laju ja dia makan....Along Iqah pula tak suka durian....jadi pandang jer laaaa si adik makan....sabar jer la Along...nanti len kali mama wat donut kesukaan Along tu ekkkk....

KUIH BOM DURIAN

Bahan-bahan :

1 cawan isi durian
1/12 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat
4 camca besar gula
1 cawan air (kurang/lebih )
1/4 camca teh garam halus

Cara menyediakannya :

1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul rata hingga mendapat adunan yang boleh di jemput. Rehatkan selama lebih kurang 5 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan ke dalam minyak panas tadi, goreng sehingga kuning keemasan pada keseluruhan kuih bom/cekodok tadi.

3. Angkat dan toskan. ..buatkan kaedah yang sama sehingga habis adunan.
4. Siap untuk hidangan.





Sunday 13 May 2012

Khas Buat Insan Yang Bergelar "Ibu"

Ucapan istimewa ini di tujukan khas buat ibuku, ibu mertuaku dan juga semua sahabat dan rakan-rakan yang bergelar ibu di seluruh dunia....sesungguhnya ibu adalah ratu di hati kita semua....

Ibu Akak - Puan Halimah bt Dahaman
Buat ibuku (HALIMAH BINTI DAHAMAN) ....terima kasih mak kerana melahirkanku ke dunia ini, membelai, menjaga, merawat dan memberi sepenuh kasih sayangmu kepadaku...walaupun keadaanmu susah dan perit namun dirimu tidak pernah bersungut demi membesarkan kami adik beradik...terima kasih mak atas setiap titisan air susumu yang mengalir dalam urat saraf dan tubuh badanku....sesungguhnya jasa dan pengorbananmu tak terbalas olehku....ku panjatkan doa ke hadrat Allah SWT agar dirimu sentiasa di bawah  rahmat dan lindunganNya serta diberi kesihatan yang sempurna, panjang umur, murah rezeki serta di permudahkan dalam segala urusan....sesungguhnya aku begitu sayang sangat kat mak...tiada dua dan tiada tiganya dihatiku....Luv U mak....
My MIL - Siti Maryam bt Salleh
Selamat Hari Ibu buat ibu mertua akak....semoga hidup mak sentiasa bahagia dan diberi kesihatan yang baik serta bahagia selalu hendaknya.....terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan pengorbanan mak yang  melahirkan dan memberiku seorang suami yang terbaik buatku....sesungguhnya kami semua sayang pada mak dan tidak akan mensia2kan kasih sayang mak itu....doaku moga mak diberkati dan dipermudahkan dalam semua urusan...amin.

Sesungguhnya akak begitu bangga dan terharu sekali hari ni diatas ucapan Selamat Hari Ibu daripada en.somi  dan anak-anak bersempena hari ibu tahun ini....terima kasih juga buat anak-anak kerana memberi hadiah buat mama...sesungguhnya mama amat terharu sekali kerana anak2 mama menghargai segala kasih sayang mama selama ini....terasa sangat pengorbanan  dan kasih sayang mama selama ini buat anak2 dihargai....thanks.... Love you both....

Hadiah dari Along IQah....