Jom Ikut

Jangan Lupa Klik

Thursday, 24 May 2012

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah .... menu pelengkap bagi nasi tomato/ nasi daging dan enak juga dimakan dengan nasi putih atau lain-lain. Masak merah ayam yang akak buat ni adalah menu berbuka akak dan Along Iqah pada 1 Rejab tempohari....makan dengan nasi tomato dan acar timun ....menu ni salah satu makanan peberet Along Iqah....memandangkan dia juga berpuasa pada hari tu...akak suka sangat menyediakan makanan kegemarannya dan laju ja dia makan waktu berbuka hari tu....sampai sahur pagi esoknya pun dia makan nasi tomato juga setelah siap dipanaskan....siap puji2 mama lagi kata sedaappp (nak suruh buat lagi la tu...hehehe) ...tapi ok juga sekurang-kurangnya  masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang ini dihargai oleh anak-anak dan tidaklah membazir...ye tak????hehehehe :)



RESEPI AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :


1/2 ekor ayam ..dipotong dan dibersihkan (gaulkan kunyit & garam dan goreng)
4 camca kacang peas (akak tak masukkan pon)
1 labu bawang besar (potong gelang)
Sedikit minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa


Bahan untuk dikisar:

10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 Sudu besar tomato sos

Cara: 

1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.







No comments:

Post a Comment

Klik-klik