Jom Ikut

Tuesday, 22 May 2012

~~Daging GorengBlack Pepper~~

 Salam buat semua kawan-kawan.....sekejap jer kita dah berada dalam bulan Rejab..lagi dua bulan kita akan sambut Bulan Ramadhan....sungguh cepat masa berlalu....dalam bulan Rejab ni banyak kelebihannya bagi kita umat Islam...kawan-kawan sume dah ganti puasa ke? kalu belum lagi eloklah kita ambil berkat bulan ini untuk melunaskannya....disamping dapat pahala dan ganjarannya....antara Kelebihan bulan Rejab kawan-kawan boleh klik SINI dan SINI serta boleh juga tengok pada entry akak yang lepas-lepas di SINI dan SINI ....


Daging Goreng Black Pepper ni sebenarnya salah satu menu juadah berbuka akak petang kemarin....hari ni pun akak teruskan berpuasa dan mungkin juga untuk sepanjang minggu ini, Insyaallah ...maklumlah nak juga kutip pahala puasa pada bulan Rejab ni kan...hehehe...pada kengkawan yang berpuasa juga tu...akak ucapkan selamat berpuasa dan selamat meneguhkan iman kita....semoga kita berjaya menghabiskan puasa kita untuk hari ini dan seterusnya....insyaallah.

RESEPI DAGING GORENG BLACK PEPPER

Bahan-bahan :


·                     500gm daging
·                     sebiji bawang besar ( pilih yang paling besar hiris bulat)
·                     2 ulas bawang putih *
·                     2 ulas bawang merah *
·                     1 inci halia *
·                     1 s/b lada hitam  * ( nak extra pedas isi le lebih)
·                     secubit garam
·                     pak aji (akak tukar dengan Hilal)
·                     1/4 cawan jus asam jawa
·                     1-2 biji cili padi (tekan skit ngan pisau)
·                     sedikit minyak nak goreng daging
·                    1/2 cawan air
·                     2 s/b sos tiram

* Bahan-bahan ini dikisar/ditumbuk halus


Cara:

1.                   Potong daging dan bersihkan serta lumurkan dengan garam kunyit (garam jgn byk sangat)
2.                   Panaskan minyak, goreng daging sampai daging garing. Angkat letak tepi.
3.                   Gunakan minyak goreng tadi dalam 4 sudu saje dan masukkan bahan-bahan yang di tumbuk halus tadi.
4.                   Masukkan garam dan  sos tiram. Kacau sebati dan biar sedikit garing.
5.                   Masukkan daging, kacau sebati.
6.                   Masukkan air sedikit dan air asam jawa serta perencah hilal.
7.                   Nak nampak pekat, bubuh tepung jagung sikit (akak x masukkan pun)
8.                  Taburkan bawang dan masukkan cili padi.
9.                   Kacau seketika, angkat dan hidangkan.


SELAMAT MENJAMU SELERA......



No comments:

Post a Comment