Jom Ikut

Thursday, 26 July 2012

Ikan Kering Tumis Darat



Gulai ikan kering adalah antara resepi yang akak masak untuk berbuka petang kelmarin. Resepi ni dapat dari emak akak dan cara membuatnya pun tak la susah sangat sepertimana resepi-resepi lain untuk kita mencubanya….
Lagi pula Akak memang suka dengan gulai ikan kering nih, sedapp... makan dengan nasi panas-panas…orang lalu tepi pun tak nampak dah…jangan marah yaaa….tapi kena berjaga-jaga juga takut terkena darah tinggi kalau asyik makan ikan kering/ikan masin ni... hihi... selalunya Ikan kering tersebut akak suka rendam semalaman atau paling kurang pun 3 jam supaya kurang sikit rasa masinnya.Meh kita tengok resepinya pula...

Bahan-bahan:
4 hingga 6 keping tulang ikan masin (ikan talang atau ikan merah)
4 sudu besar serbuk kari ikan
1/2 biji kelapa parut - diambil 2 cawan santan
2 biji terung bulat - dibelah enam (akak tak ada stok)
3-4 ulas bawang putih (blender)
2 ulas bawang besar (blender)
1 sudu teh jintan manis (tumis)
3-4 ulas bawang merah dan bawang putih (tumis)
1 tangkai daun kari (tumis)
2 keping asam gelugor (asam keping)
2 sudu besar minyak
Garam jika perlu

Cara Menyediakan:
  • v  Campurkan rempah daging dan tulang dengan satu cawan pati santan, kemudian rebuskan hingga mesra.
  • v  Masukkan satu lagi cawan santan diikuti dengan terung. Masak sehingga terung dan ikan empuk/masak.
  • v  Setelah masak, kecilkan api dan ketepikan bahan tadi.
  • v  Sediakan kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah, jintan manis, bawang putih serta daun kari.
  • v  Tumis sampai naik wangi kemudian tuang semua bahan dalam kuali ke dalam periuk. Tutupkan api.
  • v  Tutup periuk selama 10 minit agar bahan-bahan menjadi lebih mesra sebelum dihidangkan.

-        Satu lagi petua yang akak nak bagi tahu dan perturunkan, jangan gatai tangan masukkan garam dulu, sebab ikan kering ni selalunya dah masin. Apa pun rasa dulu sebelum tambah garam... jangan tambah garam dulu baru nak rasa... selamat mencuba...







No comments:

Post a Comment