Jom Ikut

Wednesday, 18 July 2012

Kari Kepala Ikan

Kari Kepala ikan merah...sememangnya kari kepala ikan merah ni salah satu lauk kegemaran en somi...pantang jumpa pasti dibelinya kepala ikan merah tu bawa balik rumah untuk di masak kari...sebenarnya akak memang tak berapa menggemari sangat kari kepala ikan niiii....walau pun akak tak makan tapi masak tetap masak untuk hidangan keluarga malah akak suka jika menu yang akak masak dengan penuh kasih sayang tuuu di sukai oleh en somi dan anak-anak....jom kita semak resepinya :


BAHAN-BAHANNYA :
1 kepala ikan merah bersaiz besar, belah 2
2 biji tomato
1 camca besar cili kisar
3 1/2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
1 keping asam gelugor
1/2 cawan santan cair/secukupnya
Garam secukup rasa


BAHAN TUMIS :

1 camca teh penuh halba campur
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 pelepah daun kari

CARA MEMBUATNYA :


  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halba campur hingga harum, masukkan daun kari, bawang merah hiris dan bawang putih hiris. Tumis hingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  2. Sementara itu bancuh rempah kari dengan bahan kisar halus, kacau rata dan masukkan ke dalam periuk, masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.Tuang santan secukupnya dan kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan juga asam gelugor. Bila mendidih, tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan tomato dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan...






No comments:

Post a Comment