Jom Ikut

Tuesday, 7 August 2012

Sambal Tumis Ikan Talang Masin

Sambal tumis niii adalah antara menu berbuka kami kemarin....dah lama tak buat sambal ikan masin nii...bila berpuasa tu teringat la menu ikan talang masin...selalu sangat kita duk masak gulai, masak lemak ciliapi dan goreng ngan bawang...apa kata kita cuba pulak buat sambal tumis....fuuuhhh sedappppp...Selamat menjamu mata.

Bahan-bahan :

· 350 gram ikan talang masin - dipotong kiub
· 20 biji cili kering - direbus dan kisar
· 1 biji bawang besar - dikisar
· 1/2 inci belacan - dikisar
· 1 sudu besar pes asam jawa adabi
· 1 sudu teh gula
· Garam secukup rasa
· Minyak untuk menggoreng
· 1 biji bawang besar - dipotong bulat

** akak rendam ikan talang masin dengan air garam semalaman untuk mengurangkan rasa masin.


Cara menyediakannya :

1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar, kacau sebati.
2. Masukkan gula dan garam, masak hingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan talang masin yang telah digoreng.
4. Masukkan pes asam jawa dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau sebati biar hingga mendidih.
5. Telur rebus tu menu tambahan la kiranya.....
6. Siap untuk dihidangkan.



Sambal tumis ni kalu makan dengan nasi panas-panas lagi sedap....tak ada lauk pauk lain pun ok dah...hehehe


4 comments:

  1. sedap sambal tumis ikan talang masin ni..kalau makan dgn nasi lemuni best hahaha tapi takkan nak buat buka posa dgn nasi lemuni nasi putih pun sedap kan

    ReplyDelete
  2. Kak min...nanti lepas raya kita set len buat makan-makan kat opis cam hari tu naa...lps posa enam ka...

    ReplyDelete