Jom Ikut

Thursday, 2 August 2012

Sotong Masak Kunyit

Salam semua...diharap agar semuanya sihat-sihat sentiasa disamping menjalani ibadah puasa....hari ini akak nak kongsikan resepi yang sangat ringkas..asyik dok makan kari, sambal tumis dan masak lemak ja...apa kata kita cuba masak kunyit pulak....akak pun x mo berceloteh panjang lebar...jom kita tengok resepi..

Bahan-bahan :

7-8 ekor sotong sederhana besar
1 labu bawang besar - di potong bulat
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili hidup merah
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 keping asam gelugur
sedikit garam

Cara menyediakannya :

- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing dan berbau wangi.
- Masukkan serbuk kunyit dan garam.
- Lepas itu masukkan sotong dan cili merah.
- Biarkan seketika dan masukkan asam gelugur.
- Last sekali masukkan bawang besar yang di potong bulat.
- Biarkan mendidih seketika...jangan terlalu lama nanti sotong mengecut.
- Sedia untuk hidangan.



Anak-anak memang suka niiii sebab tak pedas....jadi selamat mencuba....


No comments:

Post a Comment