Jom Ikut

Wednesday, 31 October 2012

Kuih kegemaranku - Tart Nenas

Salam dan selamat tengahari semua...walaupun raya haji dah lepas tapi akak nak juga tunjuk kat sini n3 yang tertunda ...Biskut Tart Nenas. sebenarnya akak buat sehari sebelum raya haji tu...sikit ja buat sebab nak menghabiskan lebihan jem nenas yang ada dalam esbok tuu...cukup la buat adik eirah dan along eiqah...hahaha. walau rupa tak cantik tapi rasanya boleh tahan....hi3.



Tart Nenas Gulung 
Sumber Yatiememories

Bahan-bahannya

250 gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

Hiasan:

1biji kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Cara:  Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.\

Cara2:

Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C. Yatie bakar dlm 25 minit.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.


kepada tuan punya resepi...minta halal sebab akak cnp kat sini untuk rujukan dimasa akan datang....




1 comment:

  1. samalah kita..sy mmg suka giler tapi nak buat malas+xreti hehe..

    ReplyDelete