Jom Ikut

Thursday, 1 November 2012

Menu Simple buat anak-anak

Selamat tengahari semua....apa kabar hari ini???? semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan menggembirakan....hari ni kita tayang menu makan tengahari yang simple dan sangat mudah untuk di hidangkan buat keluarga tercinta...paling suka anak-anaklah sebab rasanya yang kurang pedas dan dapat memancing selera anak-anak....seronok tengok mereka makan nasi bertambah2...hehehehe


Ayam Goreng Kicap Pedas.....nama yang di beri memang sesuai dan serasi dengan keenakan rasanya. Resepi asal diambil dari kakak sulung akak....minta share disini untuk rujukan di masa akan datang.


Resepi Ayam goreng kicap pedas

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam ( dibersihkan, dipotong )
2-3 batang serai ( hiris dan blend )
2 labu bawang besar ( blend)
3 ulas bawang putih ( blend )
3/4 inci halia ( blend )
7 tangkai cili kering ( blend )
5-6 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1/4 cawan air asam jawa
sedikit serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ayam
minyak secukupnya

Cara penyediaan:
1. Ayam di goreng hingga masak kemudian angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan-bahan yang diblend hingga wangi kemudian masukkan kicap, sos tiram dan sedikit air asam jawa.
3. Bila telah mendidih masukkan ayam dan cili padi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.


Sekian...semoga apa yang dikongki disini memberi manfaat kepada kita semua.....Selamat mencuba dan menjamu selera......





2 comments:

  1. Salam ziarah..

    sedap nampak lauk tu..ayam ni masak apa pun sedap hehe..

    ReplyDelete
  2. salam..menu ayam yg anak2 tak pernah reti jemu makan.Kalau buat kompom dapat sambutan kat umah

    ReplyDelete