Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 5 December 2012

Laksa Kedah Lagiiiii...My Feveret ni

Kejadian laksa ni pada 2 minggu lepas lagi...tapi akak tak sempat nak letak entrynya...baru hari ni baru berkesempatan sebab lappy kat umah masuk wad... banyak entry yang tertangguh...laksa ni akak masak lepas balik opis ...time tu hujan...ajak en hubby cari laksa kat kedai semua dah habis dan kedai yang selalu akak beli tu tutup la pulak...kerana hajat hati yang kuat nak makan laksa juga malam tu... tanpa banyak cakap terus beli ikan dan lain2 keperluan/bahan untuk buat laksa...ditambah pulak sokongan dari big bos yang sanggup tawarkan diri untuk menolong....hahaha...besttttkan bila ada yang nak menolong...tenkiu banyak2 pada mr.hubby yang sudi menolong akak...

Kali ni akak guna laksa bersaiz kecil sebabnya laksa ni amat digemari oleh anak-anak...lagipula ianya mengambil masa yang cepat untuk memasaknya berbanding laksa yang biasa tu.... 

Taraaaa...laksa dah siap untuk di makan...jemput semua....

My Peberet niiiii....




 Laksa yang siap untuk di masukkan kuah

 Laksa yang siap di rebus - kali ni akak pilih laksa bersaiz kecil

 Bahan hiasan atas laksa

Kuah laksa...baru harum semerbak

Resepi boleh di lihat di bawah.

LAKSA UTARA 

Bahan-bahan ( untuk 5 org )

2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
2btg bunga kantan - dipotong dua
3 ikat daun kesum
3sb cili giling  (bergantung kepedasan/kehendak masing2)
10bj cili padi - ditumbuk halus
20 keping asam gelugor
20gm belacan
garam & serbuk perasa

1 peket laksa ( direndam & di rebus)

Bahan-bahan ulam :

2 labu bawang besar
1 ikat daun selum
1 btg timun
3bj telur rebus
3bj limau
1 btg bunga kantan

Cara-cara :
  • Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor dan sedikit garam. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga masak.
  • Bila dah masak,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
  • Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas. 
  • Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
  • Masukkan garam & serbuk perasa.
  • Bawang besar, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau dipotong dua.
  • Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan.








2 comments: