Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 10 December 2012

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

Bersiaran kita dengan resepi Sambal Tumis Petai....maklumlah sekarang banyak sekali kita tengok petai dan buah -buah tempatan dijual kat pasar-pasar malam dan tepi-tepi jalan. Petai ni akak petik di kebun bapa di kampung...segar dari ladang lagiii...

SAMBAL TUMIS PETAI 

BAHAN-BAHANNYA :

200g ikan bilis, rendam hingga lembut dan toskan
1 cawan cili kering yang di blend
5-6 papan petai (ambil isinya sahaja)
1 labu bawang besar (potong bulat)
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci belacan* (*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang di kisar sehingga berbau harum, masuk cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah jus asam jawa, garam dan gula secukup rasa, kacau sebati dan masak hingga kuah pekat.
Tambah petai, ikan bilis dan hirisan bawang besar, masak sekejap hingga bawang layu dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.


Petai ni paling glamer orang buat ulam atau pun yang paling superb, Sambal tumis udang @ ikan bilis dengan petai. Makan dengan nasi panas, memang laju je menambah kan? Ada yang tak suka makan petai? try lah makan tau, sebab petai ada banyak khasiat. Antara khasiat petai ialah:

1. Bantu turunkan tekanan darah, jadi mereka yang berpenyakit darah tinggi, silalah cuba.

2.Sembelit? ha, cuba try makan petai, petai ada fiber yang boleh bantu memudahkan proses penghadaman!

3.Menghilangkan gigitan nyamuk, gatal-gatal dan bengkak- caranya hanya gosok kulit petai ditempat yang terkena gigitan nyamuk, gatal2 atau bengkak tu. Ha, cuba try.

4. Anemia. sesiapa yang ada masalah anemia, petai ada tinggi ferum yang boleh banyakkan lagi kandungan sel darah merah anda!

5.Anda perokok dan ingin cuba berhenti merokok? mungkin petai boleh membantu. petai ni ada magnesium dan calcium yang bantu hilangkan kesan-kesan lepas berhenti merokok.

Dah nampak kan? banyak khasiat petai ni. sedap pun sedap! Jadi jom cuba! selamat mencuba! Makanan semulajadi banyak khasiatnya nanti!






No comments:

Post a Comment