Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Tuesday 29 January 2013

Majlis Bantuan Persekolahan 2013


Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013 mula dibuat bermula 15 Januari 2013 diseluruh Malaysia. SMK Syed Ahmad Arau iaitu sekolah Along Eiqah telah mengadakan majlis bantuan tersebut pada pagi 23 Januari 2013 bertempat di Dewan Merdeka, SMK Syed Ahmad. Majlis tersebut berlangsung dengan meriah sekali kerana turut diserikan dengan kedatangan bekas Menteri Besar Perlis YB Dato' Seri Shahidan bin Kassim selaku perasmi majlis dan seterusnya menyampaikan bantuan tersebut kepada para ibu bapa yang hadir. Meriah sekali sambutannya....Alhamdulillah terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sangat prihatin dengan nasib rakyat. Moga bantuan seperti ini akan terus berkekalan di tahun-tahun akan datang.

Majlis serupa turut diadakan di Sekolah Adik Eirah pada hari ini 29 Januari 2013 dan dirasmikan oleh Tuan Haji Zaini bin Japar ADUN Bukit Kayu Hitam...seramai kira-kira 20 orang waris yang datang awal di jemput naik ke pentas untuk menerima bantuan tersebut daripada Yang Berhormat ADUN dan ianya merupakan gimik pada majlis tersebut, manakala para waris yang lain boleh mengambil bantuan tersebut daripada guru kelas anak masing-masing. Alhamdulillah.......bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.






1 comment: