Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Monday 14 January 2013

Masak Lemak Tempoyak Udang dengan Petai

Salam hari isnin buat semua...moga hari ini menjanjikan yang terbaik buat kita semua....hari ni akak nak kongsi satu resepi yang akak amik dari dapur kak Sopiah...sedap juga kalau sesekali  ubah selera ....menu ni akak buat pada cuti hujung minggu hari tu tapi tak sempat nak pos sebab sepanjang minggu persekolahan yang baru bermula ni akak terlalu sibuk berulangalik ke sekolah anak-anak...maklumlah kedua-dua puteri kesayangan akak tu dah bersekolah...si adik masuk darjah satu dan si kakak pulak ke tingkatan satu....pening kepala akak nak bahagikan masa untuk memenuhi permintaan anak-anak...memasing mahukan akak hadir juga menemani pada hari pendaftaran....alhamdulillah...kini semua sudah selesai dan berjalan dengan baik....

Banyak pula celoteh kat sini...apa kata kita layan resepi yang ingin akak kongsikan di sini...jommmmm


MASAK LEMAK TEMPOYAK UDANG & PETAI

250g udang
1 1/2 cawan santan
2 papan petai- ambil bijinya
8-10 biji cili api- leh tambah atau kurangkan ikut selera
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar tempoyak
1 btg serai- dititik
1 helai daun kunyit- hiris kasar
1 keping asam keping- optional

cara:

tumbuk cili api dan kunyit (kalau guna kunyit hidup) sampai lumat
masukkan semua bahan (kecuali asam keping) ke dalam periuk
didihkan dgn api kecil
sentiasa kacau utk elakkan santan naik kepala
masukkan garam
bila dan mendidih, rasa dulu, kalo dh cukup masamnya, x yah letak asam keping dah sebab tempoyak pun dah ada rasa masam.

(kuah akan jd pekat skit sbb penggunaan tempoyak)


Selamat mencuba....pasti berselera sebab selalunya petai ni kita hanya buat sambal tumis dan ulam...apa kata hari ini kita buat masak lemak tempoyak pulak....




2 comments: