Jom Ikut

Sunday, 28 April 2013

Kek Butter Pelangi

Salam...dah lama dapur kat umah akak ni tak berasap...tapi baru2 ni merajinkan diri buat kek..tu pun sebab nak guna loyang yang baru dibeli..hehehe. Jom kita semak kek apa dan resepinya.

Haaa...ni la kek yang akak buat tuuuu....

KEK BUTTER PELANGI

Bahan-bahan :

250g butter
200g gula halus
5 biji telur
210g tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil esen ros
* pewarna makanan : merah jambu, kuning dan hijau

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan bater kepada 3 mangkuk kecil.
7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.
8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.
9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.
10. Lakukan yang sama kepada bater hijau .Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.
11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit.

Note:
saya guna tepung naik sendiri
saya  letak esen vanila
hanya 3 warna...merah , hijau dan warna asal.






No comments:

Post a Comment