Jom Ikut

Tuesday, 30 April 2013

Puding Untuk Besday Adik Eirah


Salam...sebenarnya nak juga tunjuk gambar puding yang akak buat hari tu dan masuk dalam n3 di sini....puding ni akak buat masa besday adik eirah pada 18 April 2013  tu....mulanya nak buat puding pelangi tapi tak jadi pelangi pun....hehehehe...

Walaupun rupanya tak berapa pelangi...namun rasanya tetap memikat dan sejuk jer bila lalu kat tekak niiiii....adik eirah dan kawan-kawan pun suka ngan puding ni....sekejap jer licin mereka kerjakan....

Meh kita kongsi resepinya di sini.

PUDING PELANGI


Bahan-bahan


10g serbuk agar2
650ml air 
180gm gula pasir 
60gm mentega 
1 biji telur
½ tin susu cair 
1 sudu makan tepung custard 
1 sudu makan serbuk koko 
1/2 sudu teh vanilla 
pewarna merah dan kuning


Cara-cara


Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
Pukul telur.. kemudian masukkan susu & tepung custard setelah itu kacau hingga rata, kemudian ditapis
Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau rata, kemudian masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Kemudian bubuh koko ke dalam salah satu adunan, 2 adunan lagi masing2 letak kaler kuning dan merah.
Sengetkan loyang sedikit, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
Sejukkan di dalam peti ais dan sedia untuk dimakan.






2 comments: