Jom Ikut

Monday, 8 July 2013

Salam Ramadhan

Biar pantun berbicara.......


PANTUN RAMADAN

Sungguh indah di malam hari, 
Cahaya bintang bergemerlapan;
Madrasah Ramadan tiba lagi,
Bulan yang penuh dengan keberkatan.

Segak jejaka berkeris bertanjak,
Sopan jelita menyusun langkah;
Kembali bertandang ramadhan almubarak,
Bulan mulia penuh barakah.


Mekar kemboja harum setaman,
Menaroh debar dihati teruna;
Bersama kita munafaatkan ramadhan,
Tarbiah diri agar lebih sempurna.


Tradisi badwi berpindah randah,
Bermukim pasti di tanah lembah;
Jadikan ramadhan bulan ibadah,
Gandakan solat banyakan sedekah.


Terhidang sudah santapan diraja,,
Bersulam emas kain seperah,
Talam tembaga bertatah berlian;
Kasih Allah kepada hambanya,
Lalu dikurniakan bulan marfirah,
Segeralah bersujud bermohon keampunan.


Masak memerah buah rambutan,
Nun di sana pisang sesisir;
Ramadhan melahirkan rasa keinsafan,
Mari elakkan tabiat membazir.


Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak untuk semua umat Islam tidak kira di mana-mana jua anda berada. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita.













No comments:

Post a Comment