Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Wednesday 11 September 2013

Daun Pegaga yang banyak khasiat

Daun Pegaga
Sumber gambar : Kedai siber

Memang diakui ianya sedikit sebanyak telah mula dilupakan.. Maklumlah ulam-ulaman ini kurang menjadi pilihan oleh remaja-remaja sekarang yang lebih minat dengan makanan segera.. Namun rasanya masih ramai yang minat dengan ulam ni termasuk saya..

Okay bercerita sedikit info mengenainya..

Jenis Pegaga

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata. Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Khasiat

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Antara khasiat lain pegaga adalah:

* Penawar alahan
* Anti kanser
* Melawaskan air kencing
* Penawar batu karang
* Penawar kencing berdarah
* Penawar ulser
* Merangsang peredaran darah
* Merawat cirit birit
* Menurunkan tekanan darah

Sumber : taman dapur (edible garden), rasanya pegaga ini sesuai untuk dijadikan sebagai landskap memandangkan ianya tidak tinggi sebaliknya hanya menjalar di tanah.














No comments:

Post a Comment