Jom Ikut

Wednesday, 25 September 2013

Donut untuk Frozen


Bahan-bahan :

500gm tepung roti/tepung gandum (selalunyer akak guna tepung gandum je)
100gm gula
11gm yis segera
4 biji kuning telur
200ml air suam
100gm marjerin/butter
1 sudu kecil garam
sedikit esen vanila (optional)

Cara2:

1. Ayak tepung ke dlm sebuah mangkuk & campurkan yis, gaul rata, masukkan gula, kuning telur & tambahkan air suam dan kacau rata.

2. masukkan garam & butter dan uli hingga menjadi doh, jika doh melekat banting2kan doh..kemudian uli..selang selikan..hingga doh menjadi lembut, kenyal & x melekat di tangan.

3. Rehatkan doh 30 minit, setelah doh naik tumbuk2 doh, canai & terap , rehatkan doh sekali lg selama 30 minit. Kemudian bolehlah digoreng separuh masak menggunakan api perlahan..
4. Sejukkan dahulu sebelum di packing ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk . Bila nak makan donut keluarkan dari peti sejuk terlebih dahulu dalam 10 minit, barulah digoreng sehingga kuning keemasan. siap dihidangkan bersama taburan gula castor ataupun sirap coklat.....















No comments:

Post a Comment