Selamat Datang Ke Blog Sentuhan Kasih Semurni Impian

Sunday 13 October 2013

Buah Melaka


BUAH MELAKA

Bahan-bahan :

2-3 keping gula kabung
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung jawi
2-3 helai daun pandan (kisar ambil airnya)
sedikit pewarna hijau (akak buat dua kaler kali ni)
sedikit garam
Kelapa parut putih



Cara-cara :

Masukkan tepung pulut dan tepung jawi ke dalam sebuah bekas.
Gaulkan dengan air pandan (air pes pandan) dan sedikit pewarna hijau.
Jangan lembik sangat yer cukup sampai boleh di bulat-bulatkan.
Bentukkan bulat lebih kurang boleh muat masuk dalam mulut. Masukkan gula melaka yang telah dipotong kecil di tengahnya dan bulatkan balik.
Panaskan air sehingga mendidih. Selepas mendidih masukkan buah melaka dan biarkan sehingga timbul.
Angkat dan terus di gaulkan dalam kepala parut yang telah di gaul dengan sedikit garam. Biarkan sejuk baru boleh di makan.








1 comment: